No more pergi kelas & mengajar. Marjina pulak kena mintak tunjuk ajar dari sifu-sifu universiti lain. Tak tau bila nak habis daa...
Now, tiap-tiap hari Marjina masak. Masak untuk makan, hidup untuk makan.
Frankly, Marjina rindu nak pergi kelas dan mengajar.
And nope, I'm not complaining.
p/s:Kalau duduk rumah pun boleh beli handbag(s) Coach siapa nak complain kan?
Hey people, let's make Cheddar Bread.
- 1 sudu makan yis kering
- 250ml susu suam - panaskan dlm microwave selama 1 minit
- 30gm butter
- 420gram tepung roti
- 1 sudu kecil garam
- 100 gram cheddar cheese yang diparut
- sedikit mentega cair
- gula
- cheddar cheese yang diparut
Cara-cara
- Campur yis dan susu. Kacau dan biarkan yis larut.
- Cairkan butter dan sejukkan. Campurkan butter cair ke dalam campuran susu dan yis tadi.
- Campur tepung dan garam. Letak dalam satu bekas dan buat lubang di tengahnya. Campurkan campuran yis tadi ditengahnya. Uli hingga doh kasar terbentuk. Kalau doh rasa kering, campur 2-3 sudu makan air.
- Uli dough lagi sehingga dapat doh yang licin permukaannya dan elastik. Tutup bekas dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
- Bila doh sudah naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk buang angin di dalamnya. Ratakan permukaan doh dan letak cheddar cheese diatasnya. Uli sehingga keju tadi agak serata dalam doh.
- Bulat-bulatkan doh. Lebih kurang 60gram setiap doh. Sapu mentega pada bekas bersaiz 8inchx8inch. Note: Boleh guna apa-apa bekas dan buat apa-apa bentuk.
- Biarkan doh naik 2 kali ganda. Bila doh naik 2 kali ganda, panaskan oven pada suhu 400F/200C. Bakar selam 10 minit. Turunkan suhu kepada 375F/190C. Sapukan marjerin pada atas roti dan bakar selama 25-30minit lagi. Jika permukaan roti nampak terlalu coklat, tutup dengan aluminium foil.
- Pada 5 minit terakhir, sapu mentega lagi pada atas permukaan roti, taburkan cheddar dan gula diatasnya. Tutup dan teruskan pembakaran.
- Selesai membakar, keluarkan roti dari oven letas atas redai. Bolehlah makan.
- Tips: Untuk uji roti dah betul masak, tepuk bawah roti. Jika berbunyi kosong atau "hollow", maknanya roti anda betul-betul sudah masak.

0 comments:
Post a Comment